Pages

Sunday 18 March 2012

Apa itu Iridologi


Apa itu iridologi .Di dalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia.  Tanda saraf yang dapat  pada iris akan memberi respons terhadap sebarang perubahan yang berlaku di dalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.

Seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir tentang kedudukan kesihatan seseorang, juga menunjukkan di mana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh. Contohnya, bagi seorang yang mana diagnos pada irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai ‘Sodium ring’ atau cincin sodium (juga calcium ring atau salt ring).

Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolesterol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi mempastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bilamana dia bergerak. Alamat seperti di atas menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku.

No comments:

Post a Comment